Total Pageviews

Saturday 12 March 2011

resepi sizzling mee


bahan-bahan
  • 4 keping yee mee
  • 4 biji telur
  • 150 g sawi
  • 2 tangkai cili merah - dihiris
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu besar sos worchestershire
  • 1 buku kiub perasa ayam
  • 1 ekor ayam/ paha ayam
  • 60 g cendawan hitam kering - direndam bersama sedikit garam hingga kembang
  • 2 ulas bawang putih - dicencang
  • 2 cm halia - dihiris
  • 1 pokok daun bawang
  • sedikit minyak
  • sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

caranya
  • panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih
  • masukkan ayam dan cendawan. Masak selama 10 minit, masukkan daun bawang
  • masukkan kiub perasa ayam, kicap cair, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, minyak bijan dan juga sos worchestershire. Angkat setelah kuahnya masak
  • masukkan yee mee, telur, sawi ke dalam pinggan, Panaskan pinggan itu dan tuangkan kuah tadi ke atas yee mee, telur dan sawi, Angkat dan siap dihidang panas-panas

Friday 11 March 2011

picture fruit salad

picture tomato salad

picture timun salad

resepi nasi goreng istimewa



Bahan-bahan:

* 250 gram nasi putih - untuk hidangan seorang

* 50 gram udang basah - buang kulitnya

* 50 gram isi ayam - potong kecil

* 100 gram sayur campur

* 3 ulas bawang merah

* 2 ulas bawang putih

* 3 biji cili merah - tumbuk atau dikisar

* 1 sudu kecil kicap cair, kicap pekat

* Garam secukup rasa

Cara Memasak:

* Panaskan minyak dan tumiskan cili.

* Kemudian masukkan udang, daging ayam dan sayur campur. Biarkan selama lima minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau biar sekata.

* Masukkan nasi serta sedikit garam, gaul sebati.

* Bila sudah diangkat, hiaskan bahan seperti keropok, tomato dan hirisan timun.

resepi blackpapper steak




bahan-bahan
  • 1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
  • 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
  • 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
  • biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan
  • 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
  • 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak


    caranya
    • Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
    • Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
    • Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
    • Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
    • Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
    • Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
    • Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.Siap untuk dihidang.

    resepi lamb chop

    Bahan-bahan

    • 500gm daging slice/2 keping daging
    • 2 sudu marjerin/butter
    • skit garam dan blackpepper
     
    • BHN SOS BLACK PEPPER
    • 1/2 sudu black pepper
    • 1 sudu mentega
    • 1 kuib ayam
    • sebatang saderi-dicincang
    • sebiji bawang besar- dicincang
    • 2 cwn air
    • 2 sudu tepung gandum
    • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
    • garam skit

    Cara-cara

    1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak.
    2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan peka

    picture birthday kek n xmas blackforest cake

    resepi kek chocolate fudge


    Bahan
    175 gm mentega/marjerin
    175 gm gula kastor
    2 biji telur
    175 ml susu
    *200 gm tepung gandum -ayakkan
    *50 gm serbuk coklat -ayakkan
    *2 stsoda bikarbonat]-ayakkan
    1 1/2 st esen vanilla
    1/4 st garam

    Cara:
    1. Pukul gula dan butter dipukul sehingga kembang dan campurkan esen.
    2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.Masukkan susu.
    3. Campurkan * dlm dan satu mangkuk dan masukkan kedalam adunan di atas.
    4.Pukul hingga sebati.
    5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.
    6.Hias mengikut cita rasa masing2.

    resepi kek chocolate walnut




    Bahan-bahan

    145 gm mentega
    185 gm gula perang
    3 biji telur
    30 ml trickle hitam (black trickle)
    1 sudu kecil esen vanila
    225 gm tepung gandum
    ½ sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik
    Sedikit garam
    225 ml susu segar
    57 gm coklat cair
    100 gm walnut, cincang dan panggang
    Coklat cair dan baki walnut cincang yang dicincang lagi hingga halus (bahan hiasan)


     Caranya

     Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu hingga habis sambil dipukul. Campurkan trickle hitam serta esen kacau rata. Kemudian campurkan pula tepung yang siap berayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan sebahagian dari walnut cincang, kacau lagi. Tuangkan coklat cair diikuti susu dan gaul hingga sebati. Isikan adunan ke dalam dua bekas pembakar yang sama besar yang telah dilenser mentega serta ditabur tepung. Bakar berasingan hingga masak. Apabila sejuk, sapu atas kek dengan coklat cair, tabur sedikit walnut cincang sandwic dengan sekeping lagi kek dan salut kek dengan lebihan coklat cair, tabur atasnya dengan walnut cincang. Hias mengikut cita rasa sendiri.

    Friday 4 March 2011

    resepi ayam masak gajus


    bahan-bahan
    • 300gm isi ayam ( potong dadu kecil )
    • 100gm gajus ( goreng garing )
    • 50gm cili kering ( goreng garing dan potong kecil )
    • 2 sudu makan tepung jagung
    • 2 keping daun salad
    • minyak masak secukupnya

    bahan a
    • 1 biji cili merah ( potong kecil )
    • 1/2 biji lobak merah ( potong kecil )
    • 1 bawang besar ( dihiris )

    bahan b
    • 2 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu teh serbuk lada putih

    caranya
    • ayam digaul dengan tepung jagung dan digoreng sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan
    • tumis bahan a, dan masukkan ayam, gaul sehingga sebati
    • tambahkan bahan b dan kacau lagi sehingga ayam masak dan berwarna kekuning-kuningan
    • angkat dan hiaskan dengan daun salad, taburkan gajus serta cili kering diatasnya

    resepi kek span belang


    bahan-bahan
    • 10 biji telur ayam
    • 450gm mentega
    • 350gm tepung kek
    • 350gm gula
    • 100gm koko
    • 2 sudu makan esen vanila
    • 2 sudu makan serbuk penaik

    caranya
    • pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu
    • masukkan telur satu per satu
    • masukkan esen vanila, serbuk penaik dan tepung. Gaul sebati
    • bahhagikan kepada dua adunan. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan gaul sebati. Selepas itu selang selikan adunan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180'c selama 45 minit

    resepi kek pandan


    bahan-bahan
    • 3 biji telur
    • 300gm tepung kek
    • 250gm mentega
    • 150gm gula
    • 3 sudu makan perahan air daun pandan dicampurkan dengan 1/2 sudu makan esen pewarna hijau
    • 1 sudu teh soda
    caranya
    • putar gula dan mentega sehingga ringan dan gebu
    • masukkan tepung diikuti telur satu per satu
    • masukkan perahan air pandan yang telah dicampurkan dengan esen hijau. Terus putar sebelum dimasukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180'c selama 40 minit

    resepi kek span strawberry


    bahan a
    • 300gm tepung kek
    • 250gm mentega
    • 3 biji telur
    • 150gm gula
    • 3 sudu makan susu cair
    • 1 sudu makan esen strawberry

    caranya
    • putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu
    • masukkan telur satu persatu
    • tambah susu cair dan esen strawberry. Pukul sebati dan tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit

    Thursday 3 March 2011

    tempahan bihun goreng singapore


    Terima kasih diucapkan kepada Cik Asma Syakirah kerana menempah di Shahema Enterprise sebanyak 27 pax. Tempahan ini dibuat kerana menyambut hari lahir seseorang  iaitu Fahmi menjelang umur yang ke 18. Selamat menyambut hari lahir dari Shahema Enterprise dan semoga dimurahkan rezeki dan kekalkan ceria selalu. Amin

    Wednesday 2 March 2011

    resepi pai tee ( famous in singapore )



    bahan a
    • 125g tepung gandum
    • 30g tepung beras
    • garam
    • telur
    • sedikit air

    isi
    • hirisan bawang putih
    • minyak
    • hirisan ayam
    • sengkuang
    • lobak merah

    cara penyediaan
    • bancuhkan tepung gandum, tepung beras bersama air dan garam secukup rasa. Pecahkan sebiji telur dan uli hingga sebati untuk dijadikan doh. Bila siap masukkan kedalam acuan dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan, angkat dan sejukkan 
    • untuk menyediakan inti, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau, campurkan hirisan ayam, sengkuang dan lobak merah hingga garing. Bila dah masak letakkan inti tadi ke dalam doh yang kita goreng tadi

    Tuesday 1 March 2011

    resepi ais teler


    bahan A
    • 50 gm isi avocado
    • 2 sudu makan nata de coco
    • 2 sudu makan isi nangka
    • 2 sudu makan isi kelapa muda
    • 2 sudu makan buah atap
    • 3 sudu makan sagu merah

    bahan B
    • 1/2 cawan santan cair
    • ais batu secukupnya
    • air gula secukup rasa
    • sedikit sirap

    cara-caranya
    • masukkan sekepal ais kedalam mangkuk
    • susun bahan a tadi di sekelilingnya
    • kemudian tuangkan santan cair,air gula, dan sirap ke atasnyer bagi menampak seri

    resepi lala masak szechuan


    Bahan a
    • 1/2 sudu makan lada hitam
    • 1/2 sudu teh lada putih
    • 2 inci halia ( dimayangkan )
    • 1 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu makan susu cair
    • 3 ulas bawang putih ( potong dadu )
    • garam secukup rasa

    Bahan b
    • 1/2 kg isi lala ( celur dahulu )
    • 2 biji telur putih ( pukul dengan wish bagi kembang )
    • 2 sudu makan tepung jagung
    • 2 cawan gelas air

    cara-caranya
    • campurkan kesemua bahan A tadi dan masak hingga mendidih
    • kemudian masukkan lala ke dalam bahan A yang sedang mendidih tadi
    • perlahankan api, masukkan air dan juga tepung jagung. Masukkan pula telur dan kacau perlahan-lahan
    • sedia dihidang,